AL HUSNA ENTERPRISE
PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN & PROGRAM MOTIVASI
Bidang pendidikan serta perkhidmatan merupakan salah satu perniagaan yang baru diceburi dan mula beroperasi pada Ogos 2015 dengan menawarkan pelbagai aktiviti seperti:-
BENGKEL PINTAR MATEMATIK


Bengkel yang dikendalikan oleh Cikgu Bohari (Cikgu Inovatif Negeri Perak) dapat mengubah persepsi negatif para pelajar terhadap mata pelajaran tersebut dengan memberi tips dan panduan yang mudah serta berkesan untuk merawat masalah matematik.
BENGKEL HAFAZAN AL-QURAN


Objektif utama bengkel hafazan ini adalah untuk merangsang minat menghafaz Al-Quran dan membantu para peserta memahirkan bacaan Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi.
Bengkel ini dikendalikan oleh perunding-perunding dari Al-Baghdadi Group dan penyertaan adalah terbuka untuk semua peringkat umur.
KELAS TUISYEN
Penubuhan kelas tuisyen ini adalah bertujuan untuk menyediakan program-program tuisyen yang berkualiti berlandaskan kebolehan optimum pelajar serta memantau pencapaian akademik pelajar dari masa ke masa.
Antara objektif kami adalah:
1. Merangsang tahap pencapaian para pelajar melalui kemahiran, kreativiti dan perkongsian idea.
2. Mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang selesa, berkualiti serta efisien.
3. Memperluas dan menatar program pendidikan di peringkat rendah dan menengah.
Antara subjek yang ditawarkan buat masa ini adalah seperti berikut:
Subjek : Bahasa Inggeris
Peringkat : Tahun 1 – 6 & Tingkatan 1 - 5
Subjek: Matematik
Peringkat: Tahun 1 – 6 & Tingkatan 1 – 2
Subjek: Pengajian Perniagaan
Peringkat: Tingkatan 6
DIPLOMA SAINS PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
Al Husna Enterprise dengan kerjasama dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan Program Jarak Jauh dalam bidang Diploma Sains Pendidikan (Pengajian Islam) yang dibuka pendaftarannya untuk sepanjang tahun.
Selain mendapat pengiktirafan dari MQA, kelebihan program tersebut adalah ianya mempunyai jadual waktu yang fleksible, pensyarah yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi serta peluang untuk diserap menjadi guru.

KELAB/ NGO


Kelab Pesara Kerajaan (KEPEKA) yang bergiat di bawah nama Al Husna Enterprise mula ditubuhkan pada 28 Ogos 2015, bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim antara golongan pesara di Taman Meru Perdana. Salah satu aktiviti yang telah diadakan ialah sesi berbual dan berkongsi pengalaman sewaktu bekerja di antara ahli.
BILIK MESYUARAT/ LATIHAN
Al Husna Enterprise menawarkan dua (2) pakej penyewaan dengan pembayaran serendah RM300.
Bilik mesyuarat berhawa dingin mampu menampung seramai 30-40 peserta turut dilengkapi dengan kemudahan asas seperti papan putih, mikrofon, pembesar suara, meja dan kerusi.
